Mini Cart

  • No products in the cart.

Rutin Penggunaan Skincare Yang Perlu Diamalkan

Rutin Penggunaan Skincare Yang Perlu Diamalkan

 

Tidak semua wanita dilahirkan mempunyai kulit yang cantik dan tidak semua wanita cerewet bab penjagaan kulit muka. Tapi atleast mereka haruslah ada rutin basic skincare daripada tak ada langsung.

Oh btw, bukan wanita je yang perlu jaga kebersihan muka ni. lelaki pun kena jaga juga kebersihan muka. Tak perlu pun menggunakan jenama-jenama mahal, asalkan produk tersebut sesuai dengan kulit korang. Yang penting korang kena kenalpasti dahulu kulit masing2.

Now, let's start from beginning..

 

Kenalpasti jenis kulit

Benda pertama yang korang kena tahu adalah jenis kulit masing-masing. Ada empat jenis kulit, iaitu:

 

1. Normal - Kulit yang tidak mempunyai masalah.

2. Kering - Kulit terasa kering/tegang

3. Berminyak - Kulit terasa berminyak diseluruh muka, pori-pori besar.

4. Kombinasi - Kulit kadang-kadang normal, terasa kering atau berminyak dibahagian T-zone. Ada jugak yang kering atau normal dibahagian lain.

 

Okay, macam mana kita nak kenalpasti jenis kulit kita? Caranya, sebelum tidur korang just cuci muka macam biasa tanpa menggunakan apa-apa produk, contohnya, toner, serum etc. Korang just guna pembersih muka sahaja.

 

Keesokkan pagi, cek keadaan kulit korang dan sesuaikan dengan jenis-jenis kulit diatas. Kalau malas nak tunggu esk pagi, korang boleh try cuci muka, jangan pakai apa-apa selain pencuci muka sahaja.

 

Tunggu 30 minit/sejam barulah dapat rasa samaada kulit korang jenis yang macam mana. Selepas dah tahu jenis kulit barulah senang nak pilih produk kan? hehe

 

Sekarang, jom kita tengok cara skin care rutin harian yang basic untuk beginner.

 

1: Cleansing / Pembersih muka

Ada 3 jenis cleansing yang ada dipasaran sekarang. iaitu, cleansing oil, cream cleanser dan water cleanser. 

Cleansing ni korang boleh je pilih yang mana selesa dan sesuai dengan bajet, sebab fungsi cleansing ni seperti yang kita tahu, untuk membersihkan make up, kotoran yang ada kat muka setelah seharian melakukan aktiviti luar.

Cuma bezanya dari segi texture. Untuk cleansing oil ni, ia adalah oil base. Tapi korang jangan risau sebab cleansing oil ni bukan jenis minyak yang melekit susah nak hilang tu.

Cleansing oil ni bila kena air terus hilang. Muka pun tak akan rasa berminyak lepas bilas. Cream cleanser ni texture jenis krim. Sapu gosok je seluruh muka dan bilas dengan air macam biasa.

Untuk water cleanser pula, texture macam air, Contohnya, micellar water. nak guna water cleanser ni korang kena guna kapas dan sapu je seluruh muka. Pastikan korang jangan tidur tanpa membersihkan wajah.

 

2: Face Wash

Banyak orang pilih facewash yang menyebabkan kulit terasa tegang/kering. Sebenarnya, facewash yang menyebabkan kulit tegang/kering ni tidak elok. Carilah facewash yang membuatkan kulit kita terasa lembut dan bersih.

Sesuaikan jugak dengan jenis kulit dengan sabun muka. Untuk kulit kering, korang boleh pilih facewash yang jenis creamy dan kurang berbuih. Sebab, facewash yang jenis berbuih boleh menyebabkan kulit korang lagi kering.

Untuk kulit berminyak pula, pilih foaming cleanser sebab boleh membantu menghilangkan lebihan minyak dimuka.

Bila perlu pakai facewash?

Pakai 2 kali sehari waktu pagi dan malam.

 

3: Exfoliate

Kenapa kita perlu exfoliate kulit?

 

sebab untuk buang sel kulit mati dan pores yang tersumbat.

Exfoliate ni ada 3 jenis,

Physical exfoliate Chemical exfoliate Manual exfoliate

okay, Jom kita tengok perbezaan antara tiga jenis exfoliate ni.


Firstly, Physical exfoliate. Yang ni paling famous, atau nak lebih senang kita 
panggil skrub muka.

Secondly, Chemical exfoliate. chemical exfoliate ni yang ada AHA/BHA . kalau jenis yang ada blackhead/whitehead memang elok sangat la pakai chemical exfoliate ni. Tapi chemical exfoliate ni bukan macam skrub yang sental-sental then bilas tu tau. Dia kena stay on top of skin. Macam toner. Tak perlu bilas dah lepas pakai.

Thirdly, Manual exfoliate. yang ni macam clarisonic atau Mary Kay Skinigorate Cleansing brush. Manual exfoliate ni mostly memang mahal! tapi best okay! Muka pun rasa bersih je.

 

Bila perlu pakai exfoliate?

Oily/combination skin: 3-4 times a week

Dry skin: once a week

*exfoliate ni tak boleh pakai hari-hari tau sebab nanti kulit akan jadi lagi sensitif bila kita terlebih exfoliate*

 

4: Toner

Selepas cuci muka, kita juga perlu memakai toner. Fungi toner adalah untuk membantu menstabilkan Ph kulit yang terganggu akibat mencuci muka, toner juga mampu mengecilkan pori dan membuat kulit terasa lebih segar dan bersih daripada sisa-sisa pencuci muka.

Ada dua cara menggunakan toner dengan menepuk-nepuk toner pada wajah atau kapas kearah atas. Ikut keselesaan masing-masing samaada nak guna kapas atau tangan. Kalau nak guna tangan please make sure tangan tu kena bersih.

Bila perlu guna toner?

Selepas membersihkan muka dan exfoliate.

Tips: kalau oily skin better guna toner yang ada alkohol sebab dia ada drying effect. good for oily skin. But certain people ada yang avoid alkohol(alkohol yang tinggi) sebab kulit akan jadi terlalu kering.

Bila kulit ingat dia kering, dia akan produce more oil and kulit akan rasa lebih oily! For dry and sensitive skin, please AVOID toner yang ada alkohol.

 

5: ubat jerawat (optional)

Ubat jerawat ni korang pakai bila perlu je. kalau ada jerawat tu boleh la pakai.

tapi jangan sapu satu muka pulak sebab ubat jerawat boleh menyebabkan kulit korang kering. so, korang just perlu sapu kat bahagian yang ada jerawat je okay?

Baca juga artikel : Cara menghilangkan Jerawat dengan berkesan

Recomendation produk : set hilangkan jerawat

6: Moisturize

Apa kegunaan moisturize?

Untuk melembapkan kulit. Ramai yang ambil sikap acuh tak acuh pasal moisturizer ni. moisturizer ni sangat penting tau untuk kekalkan kelembapan kulit korang. Tak kisah la korang jenis kulit kering atau berminyak.

Tapi please make sure korang kena pilih moisturizer yang ikut jenis kesesuaian kulit korang. Untuk kulit oily, boleh guna moisturizer yang jenis gel. Untuk kullit kering pula, boleh pilih yang jenis cream.

Bila perlu apply moisturizer?

Apply dekat muka lepas pakai toner. Pakai waktu pagi dan malam. Untuk pastikan kulit korang lembap pada waktu malam saya syorkan pakai overnite lotion by Marita skincare. Best sangat produk ni! kulit rasa smooth je.

Yang pasti bila bangun pagi korang boleh rasa kulit lebih cerah dan lembut. Bangun pagi je muka dah berseri-seri. Sape tak nak kan? hehe

Highly recommended untuk korang yang ada masalah parut gelap, kurangkan masalah pori, and overnite lotion Marita ni pun boleh kurangkan wrinkles tau! Tapi overnite lotion ni hanya boleh guna pada waktu malam sahaja.

 

7: Protection

Sunblock/sunscreen sangat penting! Ia untuk melindungi kulit kita daripada uv rays.

Ramai dikalangan kita yang tidak mementingkan pemakaian sunblock/ sunscreen. Lebih-lebih lagi kalau korang yang jenis suka melalukan aktviti luar. Wajib pakai sunblock ye! Kalau tak buat penat je korang tepek skincare berlapis- lapis tapi tak ada protection.

Apa beza sunblock dan sunscreen?

Pada asalnya sunscreen ni untuk protection daripada UVA, sunblock pula untuk protection daripada UVB. Tapi sekarang either sunblock ke sunscreen ke, dia boleh protect dua-dua dari UVA dan UVB. Nama dia broad spectrum.

Kalau dia ada tulis broad spectrum, maknanya dia protect daripada UVA dan UVB. Sekarang ni banyak je sunblock/sunscreen yang jual dipasaran. kalau korang malas nak pakai banyak benda, boleh try pakai recovery lotion by Marita sebab recovery lotion ni dah termasuk dengan foundation.

Jimat masa, jimat duit. tak

payah susah-suah nak apply foundation dah. Recovery lotion ni mengandungi spf50, sesuai la dengan keadaan cuaca kat Malaysia sekarang.

Bila perlu pakai sunblock/sunscreen?

Pakai selepas moisturizer. Sunblock/sunscreen hanya pakai pada waktu pagi sahaja. Reapply 3 4 jam sekali untuk memastikan kulit sentiasa dapat protection.

 

8: Face Oil

Face oil ni sesuai untuk kulit kering atau kulit yang dehidrasi. Bagi korang yang mempunyai masalah kulit yang kering atau dehidrasi boleh cuba face oil dalam rutin harian korang.

Cara guna face oil ni senang je, cukup hanya sekadar 2-3 titis je. Sekarang pun banyak face oil dipasaran yang jenis meresap terus ke dalam kulit. So, tak perlu risau kalau kulit korang terasa oily or greesy.

Bila perlu pakai face oil?

Boleh pakai pada waktu siang atau malam selepas toner. Boleh juga menggantikan face oil dengan pelembap. Sebab fungsi sama untuk mengekalkan kelembapan kulit. Its your choice nak pakai yang mana ye, ikut sesedap rasa korang. hehe

 

9: Serum

Serum ni texture dia seperti gel. Serum ni biasanya lebih efektif daripada skincare yang lain. Jadi, tak pelik la kalau harga serum lagi mahal berbanding yang lain. Mostly serum ni jenis fokus kepada satu masalah sahaja. Contohnya, Serum khas untuk masalah jerawat, parut, atau anti penuaan.

Bila waktu sesuai pakai serum?

Boleh dipakai selepas toner dan sebelum pelembap. Selalunya serum ni apply pada waktu malam.

 

10: Eye serum/eye cream

Untuk mengurangkan lingkaran gelap bawah mata korang boleh cuba eye serum/eye cream ni. Walaupun bukan 100% boleh menghilangkan dark circle tapi atleast dapat mengurangkan.

Bila waktu sesuai pakai eye serum?

Boleh pakai selepas pakai pelembap. Pakai pada waktu malam sahaja.

Rasanya, setakat ni je saya share dulu pasal skincare routine ni. Untuk Step basic skincare routine for beginner boleh pakai Pencuci muka, toner, pelembap and sunblock pada waktu pagi. Untuk malam pula boleh pakai pencuci muka, toner dan pelembap.

Yang penting korang kena pakai pelembap. Pastikan kulit korang sentiasa lembap okay! Ni hanyalah BASIC skincare routine sahaja tau. Skincare ni tak semestinya kena pakai brand yang sama,asalkan sesuai dengan kulit korang.

Kalau rajin korang boleh je tambah nak pakai serum, mask atau yang lain-lain tu. Tapi saya suggest korang cuba yang basic dulu untuk pastikan yang mana sesuai dengan keadaan kulit. Lepas tu baru la add on skincare yang lain.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *