Mini Cart

  • No products in the cart.

Kenali jenis-jenis jerawat dan cara mengatasinya


Jerawat merupakan ‘musuh’ utama banyak orang di dunia ini. Selain mengganggu penampilan seseorang, jerawat juga mampu membuatkan kita kurang keyakinan diri.

Walaupun pelbagai cara telah dilakukan untuk menghilangkan jerawat, jerawat tetap susah untuk dihilangkan. Jadi , apa yang patut kita buat untuk mengatasi masalah kulit ini?

JENIS – JENIS JERAWAT DAN CARA BERKESAN UNTUK MENGATASINYA



Sebelum itu, kita hendaklah mengenalpasti jenis jerawat dahulu. Untuk pengetahuan anda, jerawat mempunyai banyak jenis. Setiap jenis jerawat mempunyai cara yang berbeza untuk dirawat. Sebelum kita mengenal jenis-jenis jerawat, saya nak terangkan apa itu jerawat.

 

Apa itu jerawat? Jerawat adalah penyakit keradangan kulit dimana folikel rambut tersumbat dengan minyak berlebihan daripada kelenjar sebaceous. Selain itu, terdapat juga pembiakan bakteria yang dikenali sebagai Propionibacterium acnes pada kulit pesakit.

Jerawat ni ada banyak jenis. Nanti saya akan terangkan satu persatu jenis jerawat dan cara mengatasinya.

 

Terdapat beberapa jenis jerawat:


1. Whitehead

Jenis jenis jerawat whitehead

Whitehead adalah jenis jerawat yang mudah dikenali. Jerawat jenis ini terjadi ketika lapisan nipis kulit menutupi pori-pori dengan sel kulit mati atau kotoran. Jerawat ini berbentuk gumpalan bulat putih pada kulit.

Jerawat jenis ini boleh disebabkan banyak jenis faktor. Namun, yang paling umum adalah disebabkan oleh minyak, sel kulit mati, dan perubahan hormon. Jangan sesekali memicit whitehead kerana ia boleh menyebabkan jerawat semakin teruk disebabkan bakteria. Dan juga boleh meninggalkan kesan parut.

Cara terbaik mengatasi masalah whitehead, adalah dengan menjaga area sekitarnya bebas dari bakteria dan sel kulit mati. Kebiasaannya, whitehead akan hilang dalam masa seminggu sahaja. Tetapi, jika jerawat ini tak hilang, anda boleh cuba menggunakan pembersih muka yang mengandungi bahan salicylic acid.


2. Blackhead

Jenis jenis jerawat blackhead

Blackhead sama juga seperti whitehead. Jerawat seperti ini akan terjadi disebabkan oleh pori – pori tersumbat dan mempunyai minyak yang berlebihan kerana perubahan hormon. Jerawat jenis ini juga terjadi kerana disebabkan pori-pori tertutup lapisan kulit sehingga akan menyebabkan jerawat yang dibiarkan terbuka dan terkena udara yang kotor. Ini lah yang membuatkan warnanya menjadi gelap.

Untuk menghilangkan blackhead, boleh cuba menggunakan produk yang mengandungi retinol, atau ubat yang memberi efek yang lebih kuat, seperti retinoid. Retinoid akan membantu untuk menggantikan sel dan dapat mencegah pori – pori yang tersumbat kerana sel- sel kulit mati dan minyak.

 

3. Jerawat di T-zone

jenis jenis jerawat yang timbul di bahagian t-zone wajah
Jerawat di T-zone ni adalah sejenis jerawat yang selalu akan muncul dibahagian dahi, hidung dan juga dagu. Jerawat seperti ini biasanya disebabkan oleh stress dan keadaan kulit yang berminyak. Untuk mengatasi masalah ini, anda disarankan menggunakan produk yang mengandungi salicylic acid. Produk yang mengandungi bahan salicylic acid dapat membantu mengurangkann keadaan kulit yang berminyak.

 


4. Jerawat hormon

jenis jenis jerawat wajah berminyak
Menurut kajian yang telah dibuat, jerawat hormon ini akan muncul disebabkan minyak berlebihan yang dihasilkan oleh hormon. Ia akan menyebabkan pori – pori tersumbat sehingga akan menimbulkan jerawat. jerawat hormon selalunya akan tumbuh dibahagian dagu dah rahang. Ianya akan terjadi berulang kali dalam masa sebulan.

Biasanya jerawat hormon ini sukar untuk dirawat berbanding jerawat biasa akibat kebersihan kulit. Jadi, anda perlu nasihat doktor untuk menghilangkan jerawat hormon ini. Tetapi, ada juga cara lain untuk menghilangkan jerawat hormon ini dengan menghindari makanan junkfood kerana makanan tersebut mengandungi garam yang sangat tinggi.

 

5. Jerawat batu (nodule)

Jenis jenis jerawat nodule

Jerawat batu mempunyai saiz yang besar. Biasanya jerawat batu berwarna merah dan bernanah yang menunjukkan tanda-tanda keradangan kulit yang teruk.

 

Jerawat batu juga dikenali sebagai cystic acne yang biasanya susah untuk diatasi berbanding dengan jerawat pasir kerana ianya berpunca daripada penghasilan minyak yang terlalu banyak oleh kelenjar minyak dan juga terdapat pertumbuhan sel yang tidak normal dibahagian tersebut.

Jerawat batu juga akan meninggalkan kesan parut yang sukar untuk dihilangkan. Dan permukaan kulit muka bekas jerawat batu kebiasaannya akan berlekuk. Namun, jika mengamalkan pengambilan kolagen dengan konisten, keadaan kulit berlekuk akibat jerawat batu dapat dipulihkan. Ini kerana kolagen merupakan nutrisi yang bertindak untuk mengekalkan struktur dan keanjalan kulit. Selain itu, rawatan laser juga dapat memulihkan keadaan parut yang berlekuk.

 

6. Jerawat papula (papules acne)

jenis jenis jerawat papules

Ia merupakan sejenis jerawat radang kulit dan ia kelihatan seperti benjolan lembut yang kemerah-merahan. Namun, di atas kulit ini tidak terlihat titik putih kerana sebum dan isi jerawat maish terbenam di dalam kulit. Benjolan ini biasanya berkelompok dan menyakitkan.

Jerawat ini terjadi akibat perkembangan dari blackhhead/whitehead yang tidak diubati sehingga mengalami bengkak. Jerawat papula sangat sensitif dengan sentuhan, jadi anda tidak digalakkan untuk menyentuh atau memicit jerawat papula kerana ia akan menyebabkan keadaan jerawat semakin teruk, meradang dan membengkak.

Jerawat jenis ini dapat dirawat dengan ubat seperti antibiotik atau perawatan topikal seperti tretinoin. Selain itu, retinol juga mampu mengubati jerawat jenis papules.

 

7. Jerawat pustules

jenis jenis jerawat pastules

Jerawat pustules ini adalah pringkat yang lebih kronik dari papules. Liang kulit muka juga akan dijangkiti kuman dalam tempoh yang lama dan akan menyebabkan radang mengeluarkan nanah dari liang kulit muka.

Pustules adalah benjolan yang berisi cecair atau nanah pada kulit yang merupakan hasil dari bakteria di pori-pori. Jerawat pustules atau jerawat nanah ini memiliki ukuran yang lebih kecil. Beberapa sebab munculnya jerawat nanah ni disebabkan perubahan hormon.


8. Acne rosacea

jenis jenis jerawat rosacea

Masalah kulit muka ini seringkali disalahtafsirkan sebagai jenis jerawat. sebenarnya is bukan sejenis jerawat dan sudah tentu rawatannya juga berbeza. Acne rosacea ini wujud sebagai benjolan bernanah yang berwarna merah dan tidak mempunyai bintik hitam. Tetapi, jika dibiarkan tanpa rawatan, anda berisiko mengalami bengkak hidung. Disarankan berjumpa dengan pakar kulit untuk masalah ini.

 

9. Jerawat jenis sista

 jenis jenis jerawat sista

Jerawat sista atau cyst ini terjadi akibat kombinasi jerawat-jerawat batu (nodul) yang bercantum antara satu sama lain sehingga membentuk sista yang besar. Jangan sesekali memicit jerawat jenis ini kerana ianya akan menjadikannya lebih merebak dan akan meninggalkan parut yang tak diingini. Memerlukan rawatan lanjut dari doktor untuk mendapatkan suntikan steroid bagi mengelakkannya meninggalkan kesan parut.


10. Jerawat conblongata

jenis jenis jerawat conblongata

Jerawat jenis ini kebiasaanya akan dialami oleh orang lelaki tak kira remaja atau dewasa. Jerawat ini akan meninggalkan kesan parut kekal dan menyerang bahagian muka, dada, belakang badan, atas tangan, punggung dan peha.

Bekas jerawat ini sudah tentu akan mengganggu keterampilan seseorang. Jika anda mempunyai masalah tersebut, segeralah berjumpa dengan doktor pakar kulit.

 

11. Cystic acne

jenis jenis jerawat cystic

Jerawat jenis ini biasnya akan tumbuh dibahagian bawah kulit dan sangat menyakitkan. Jerawat ini akan kelihatan seperti bisul. Jerawat ini terjadi disebabkan pori-pori tersumbat oleh minyak dan sel-sel kulit mati dan akan menghasilkan benjolan besar dan merah dan berisi cecair.

 

Jerawat ini juga boleh terjadi akibat perubahan hormon. Oleh sebab itu lah jerawat ini seringkali terjadi kepada golongan remaja. Untuk mengatasi masalah ini lebih baik berjumpa dengan doktor pakar kulit. Kebiasaanya jerawa jenis ini dapat diatasi dengan memakan pil antibiotik dan perawatan topikal yang diluluskan oleh pakar kulit sahaja.

 

Saranan saya bagi mereka yang mengalami masalah jerawat yang kronik, anda perlulah segera untuk berjumpa dengan pakar kulit atau dermatologist. Jangan biarkan berlarutan dan keadaan kulit semakin teruk atau hanya menggunakan produk-produk farmasi.

 

Keadaan kulit muka yang teruk atau kronik ini memerlukan konsultasi yang berterusan dari dermatoligist dan akan mengambil masa untuk sembuh.

 

Kalau masalah anda bukan dalam kategori yang kronik, anda boleh cuba set Marita Skin Solution yang dirumus khas untuk kecantikkan kulit anda. Set Marita Skin Solution dapat merawat masalah kulit yang berjerawat dan dapat memudarkan parut.

 

Ini sahaja yang dapat saya kongsikan dengan anda. Memang sukar untuk merawat jerawat jika ianya tidak dirawat dari mula. Sememangnya bagi mereka mempunyai wajah yang penuh dengan jerawat akan membuatkan anda kelihatan suram dan tiada keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain.
Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *