Mini Cart

  • No products in the cart.

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Berkesan

Cara Menghilangkan Jerawat dengan berkesan

Memiliki wajah yang berjerawat pasti akan membuatkan diri kita kurang berkeyakinan. Beruntunglah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah jerawat. Baru nak hilang sebiji, timbul pulak yang baru.

Tangan pulak gatal nak picit, tu pun tangan belum tentu bersih ke tak. Makin menjadi-jadilah jerawat tu membiak dengan jayanya kat kulit muka! Stress kan?

Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan jerawat ni. Okay saya akan senaraikan serba sedikit antara punca yang menyebabkan kulit muka mudah berjerawat. Harap dapat membantu korang mengenalpasti masalah jerawat korang tu.

Jom kita tengok punca-punca yang menyebabkan kulit kita berjerawat.

Perubahan Hormon

Perubahan Hormon penyebab masalah jerawat

Tak semestinya remaja sahaja yang ada jerawat. Orang dewasa juga mempunyai jerawat. Ini disebabkan perubahan hormon pada badan seseorang. Mostly, benda ni akan terjadi kepada perempuan.

Contohnya, bila tiba waktu period, perubahan hormon akan berlaku. Begitu juga bila mengandung. So, hormon jadi tidak menentu dan benda ni lah akan menyebabkan muka jadi lebih sensitif dan berjerawat.

Sering mencuci muka

Kebanyakkan orang menganggap mencuci muka terlalu kerap akan membuatkan wajah sentiasa bersih. Tak pelik la kalau ada yang cuci muka 3-4 kali sehari.

Tahu tak bila kita  kerap mencuci muka, kulit akan menjadi lebih sensitif dan muka akan mengeluarkan lebihan minyak. Sebab tu lah muka akan mudah berjerawat. Kita hanya perlu mencuci muka 2 kali sehari sahaja. Waktu pagi dan juga waktu malam sebelum tidur.

Make up

Pemakaian mekap yang berlebihan dan tidak mencuci mekap dengan betul juga boleh mengakibatkan kulit muka mudah berjerawat. Selain itu, pastikan bahan yang ada dalam kosmetik tu sesuai dengan kulit kita.

Contohnya, foundation. Ada setengah foundation akan menyebabkan pori tersumbat. Apabila pori tersumbat mudah untuk kulit kita ditumbuhi jerawat.

Pola pemakanan yang tidak sihat

Makanan yang mempunyai lemak yang tinggi dan juga gula yang berlebihan juga boleh menyebabkan jerawat. Oleh itu, sangat penting bagi kita untuk mengamalkan diet yang betul.

Tabiat memicit jerawat

Ramai dikalangan kita ni suka sangat memicit jerawat dengan alasan untuk cepat menghilangkan jerawat. Adakah kita pasti tangan yang kita guna tu bersih? Malah kaedah ini lagi akan membuat jerawat semakin teruk dan akan meninggalkan kesan parut.

Saya nak kongsikan beberapa tips dan petua untuk menghilangkan jerawat. Banyak cara yang boleh kita gunakan untuk menghilangkan jerawat atau bekas jerawat.

Salah satunya dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang dijamin selamat dan tidak memerlukan kos yang tinggi.

 

 

12 Cara Menghilangkan Jerawat Menggunakan Bahan Semulajadi

Berikut adalah beberapa cara yang boleh merawat dan mengatasi jerawat:

1. Aloe vera( Lidah buaya)

cara menghilangkan jerawat dengan menggunakan aloe vera lidah buaya

Jerawat adalah sisa atau kotoran wajah yang degil dan sukar untuk dihapuskan. Tumbuhan seperti lidah buaya mempunyai saponin yang merawat dari dalam kulit dimana ia membunuh bakteria dan antrakuinon yang berfungsi sebagai regenasi kulit dalam proses pemulihan kulit seperti memudarkan parut dan noda hitam serta membaiki kulit yang kemerahan disebabkan jerawat.  

Lidah buaya atau aloevera boleh dijadikan sebagai masker muka. Korang hanya perlu lumurkan sahaja potongan pokok lidah buaya di wajah sebagai masker dan biarkan ia sehingga kering.

Boleh lakukannya secara berulang. Lama kelamaan hasilnya akan terserlah. Lakukan sebanyak 2 3 kali seminggu. InshaAllah jerawat dan parut akan hilang.

2. Timun

cara menghilangkan jerawat dengan cepat menggunakan timun batang

Selain daripda aloe vera, timun juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Ambil sebiji timun dan dipotong beberapa hiris untuk memudahkan proses mengisar sehingga menjadi hampas.

Ambil hampas timun dan tepek je kat muka korang tu. Kalau malas nak blend, korang just potong2 je timun tu then tepek kat muka. Tunggu dalam 30min macamtu boleh bilas. Ulang step ni 2-3 seminggu pun dah okay.

 

3. Bedak sejuk

cara menghilangkan jerawat dengan cepat menggunakan bedak sejuk

Okay petua ni memang dah lama diamalkan oleh nenek moyang kita dulu. Sape tak kenal bedak sejuk kan? Korang amik je bedak sejuk dan campur dengan air suam sikit.

Before tidur boleh terus tepek kat muka. Tunggu sampai kering dan bilas. Nak cuci pagi esok pun boleh. Amalkan 2-3 kali seminggu.

4. Air basuhan beras

cara menghilangkan jerawat dengan cepat menggunakan air basuhan beras

Sediakan air basuhan beras ketika korang basuh beras. Masukkan air basuhan beras tu ke dalam botol. Kemudian, cuci muka menggunakan air basuhan beras seluruh muka sehingga rata.

Tunggu sehingga air basuhan tersebut kering then bilas dengan air biasa.

5. Tomato

cara menghilangkan jerawat dengan cepat menggunakan tomato

Potong buah tomato kepada 4 bahagian. Sapu kat muka dan biarkan kering baru bilas dengan air. Ada juga yang blend buah tomato ni letak dalam peti ais sampai beku, then lumur seluruh muka. Nak buat salah satu pun tak pe asalkan korang rajin je.

6. Madu

cara menghilangkan jerawat dengan cepat menggunakan madu

Seperti yang korang tahu, madu ni memang banyak khasiatnya. Madu juga boleh mengurangkan masalah jerawat korang.

Ambil sedikit madu lebah asli dalam sesudu dan sapu dibahagian muka yang berjerawat, selepas itu biarkan kering kemudian basuh dengan air bersih. Boleh amalkan petua ni 2-3 kali seminggu inshaAllah jerawat akan hilang.

7. Hampas kelapa

cara menghilangkan jerawat dengan cepat menggunakan hampas kelapa

Tahu tak hampas kelapa setelah diambil santannya jangan dibuang, jika dilumurkan pada kulit ia mampu menjadikan kulit terasa lebih halus, lembap, cerah, boleh menanggalkan sel kulit mati, meredakan masalah kegatalan kulit dan dapat menyelesaikan masalah jerawat. Korang boleh buat hampas kelapa ni sebagai skrub muka. Lakukan sebanyak 2-3 kali seminggu.

8. Ais batu

cara menghilangkan jerawat dengan cepat menggunakan ais

Kalau korang nak cara lagi mudah dan simple. Ada satu lagi cara untuk menghilangkan jerawat secara semulajadi dengan menggunakan ais batu. Ais batu dipercayai mampu menghilangkan minyak berlebihan dan kotoran yang menyebabkan timbulnya jerawat.

Selain itu, ais batu juga berfungsi untuk meredakan kemerahan dan mengurangkan peradangan akibat jerawat. Cara menggunakan ais batu mudah je, korang just perlu sapukan ais batu tersebut seluruh muka sampai cair dan biarkan sekejap dibahagian yang mempunyai jerawat.

Sejuknya! Tapi  itulah yang akan boleh buatkan jerawat mudah kecut dan berkesan!

9. Campuran baking soda + lemon

cara menghilangkan jerawat dengan cepat menggunakan baking soda dan lemon

Baking soda dan lemon yang dicampur mempunyai manfaat dari segi membaiki kulit dan menyeimbangkan kadar pH.  Baking soda yang dikenali sebagai sodium bikarbonat sebenarnya tidak bahaya dan tidak mempunyai racun.  

Ia mengandungi natron yang berfungsi sebagai zat pembersih atau pencuci.  Ia berperanan menyingkirkan kotoran dari kulit dan membersihkan kulit.  Lemon juga bertindak sebagai detoksifikasi terhadap kulit dan menyalurkan vitamin dan mineral berzat kepada kulit muka.

Korang  boleh amalkan mencampurkan soda bikarbonat dengan perahan lemon, ia akan kelihatan berbuih-buih setelah digabungkan dan korang boleh menyapu ke wajah secara rata.  

Bagi yang tidak biasa melakukannya, akan berasa sedikit pedih pada mulanya.  Ia adalah tindak balas kedua bahan tersebut dan tidak perlu dibimbangkan.

 

10. Minyak zaitun

cara menghilangkan jerawat dengan cepat menggunakan zaitun

Minyak zaitun ni banyak khasiatnya. Ia juga sangat baik untuk merawat kesihatan kulit. Minyak zaitun memiliki khasiat untuk mencegah terjadinya peradangan pada wajah yang berjerawat.

Dengan menggunakan minyak zaitun kulit akan terasa lebih lembap. Sebelum menggunakan minyak zaitun, pastikan wajah berada dalam keadaan bersih tanpa mekap.

Sapu minyak zaitun dibahagian kulit yang berjerawat sahaja. Keesokkan harinya, boleh bilas muka seperti biasa. Lakukan secara rutin agar kulit muka nampak bersih.


11. Kulit pisang

cara menghilangkan jerawat dengan cepat menggunakan kulit pisang

Kandungan antioksidan pada kulit pisang mampu mengurangi masalah jerawat dan minyak berlebihan pada wajah. Kulit pisang juga dapat mengatasi masalah iritasi dan kegatalan pada kulit.

Selain itu, ia juga dapat memudarkan parut jerawat. Caranya mudah sahaja. Gosokkan kulit pisang di seluruh muka, biarkan wajah yang telah digosok kulit pisang selama 30minit dan bilas menggunakan air.

Lama kelamaan parut jerawat akan kelihatan pudar dan jerawat semakin berkurangan.

 

12. Betik

cara menghilangkan jerawat dengan cepat menggunakan betik

Buah betik mengandungi enzyme  yang berfungsi untuk mengikis sel kulit mati dan antioksidan juga vitamin yang mampu untuk mencerahkan kulit, mengatasi kulit kemerah-merahan akibat jerawat dan mengurangi peradangan pada kulit.

Cara menggunakan betik untuk perawatan mudah sahaja. Bersihkan buah betik kemudian potong beberapa bahagian, blend buah betik sehingga tekstur menjadi halus.

Campurkan madu atau lemon (optional) . kacau sebati then sapukan diseluruh muka dan biarkan selama lebih kurang 15 minit dan bilas menggunakan air. Hasilnya, kulit akan nampak lebih cerah dan lembut. Tak percaya cubalah!

Itu sahaja beberapa tips dan cara untuk menghilangkan jerawat yang mampu saya cadangkan untuk merawat masalah jerawat. korang boleh la cuba buat  kat rumah. Tak smestinya korang kena pakai semua yang kat atas tu.

Pilih yang mana sesuai sahaja ye. Tapi seperti yang kita tahu, menggunakan kaedah bahan semulajadi ni pasti lambat berkesan dan juga leceh untuk sediakan bahan-bahan tersebut. Lain lah kalau korang rajin kan. ;)

So, kat sini saya nak suggest satu jenis produk terbaru yang bebas bahan kimia dan selamat untuk digunakan. Memperkenalkan produk Marita Skin Solution, produk revolusi terkini dalam penjagaan kulit.

Produk ni sesuai  dengan semua jenis kulit terutama sekali yang mempunyai masalah kulit berjerawat dan parut. Kit penjagaan Marita Skin Solution ni hanya terdapat tiga jenis item sahaja.

Iaitu, Calm cleanser foam,  recovery lotion spf50 dan juga krim malam. Dah ramai yang menggunakan Kit penjagaan Marita Skin Marita ni dan ramai yang berpuas hati. Harga kit Marita Skin Solution ni pun murah je. Yang penting berkesan dan dapat menjimatkan masa.

Ni antara-antara feedback dari pengguna Marita :

Kalau nak dapatkan produk Marita ni, saya rekemenkan anda dapatkan terus 1 pakej iaitu 3 in 1 yang Marita tawarkan ni. Klik terus ke Checkout dan ikut langkah seterusnya untuk buat pembelian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *