Mini Cart

  • No products in the cart.

Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Berkesan

cara-hilangkan-parut-jerawat-dengan-berkesan

Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Berkesan dan Efektif


Jerawat dah lama tak tumbuh. Tapi, susah betul nak hilangkan bekas jerawat kat muka ni. Mana taknya, apabila jerawat mula tumbuh pada muka, anda pasti rasa geram nak picit jerawat tu. Ia akan menyebatkan kulit tidak kelihatan licin dan tercela akibat tabiat suka memicit jerawat. Ramai yang membuat keputusan untuk memicit jerawat tersebut sebelum ia masak dan menyebabkan jerawat tersebut meninggalkan kesan parut.


Selain itu, jerawat juga akan terjadi sekiranya jerawat tersebut datang daripada whitehead dan kemerahan. Dah bermacam jenis produk dah guna. Setiap orang mesti pernah melalui fasa ‘diserang’ jerawat. Walaupun fasa ini telah berakhir, namun ramai yang mengambil masa yang sangat lama dan pelbagai rawatan untuk menghilangkan parut jerawat. Oleh itu, ramai yang mencuba pelbagai jenis produk yang menjamin bahawa dapat memulihkan masalah parut jerawat dengan masa yang singkat.


Namun, tidak semua produk adalah sesuai dengan kulit dan anda perlu kenal produk-produk yang boleh membantu untuk menghilangkan parut tanpa membahayakan kulit atau kesihatan anda.
Jom kita lihat cara-cara yang akan dikongsikan dibawah ini untuk menghilangkan parut jerawat yang degil pada kulit muka anda.


1. Aloe vera/lidah buaya


Seperti yang kita tahu, Aloe vera ataupun lebih dikenali sebagai lidah buaya ni banyak khasiatnya terutama sekali pada kulit muka. Aloe vera juga bersifat lembut. Disebabkan sifatnya yang lembut pada kulit, ia tidak akan memberikan sebarang kesan sampingan meskipun anda menggunakan ia dengan kadar yang banyak. Aloe vera tidak mengandungi bahan alergenik yang mampu memudaratkan kulit. jadi, tak perlu risau menggunakannya kerana ianya tidak akan mendatangkan kesan sampingan.

cara hilangkan parut jerawat dengan aloe vera lidah buaya

Aloe vera mempunyai vitamin0vitamin semulajadi seperti vitamin A dan juga vitamin E yang membolehkan ia merawat wajah anda sekiranya anda mempunyai parut yang degil. Vitamin E juga membantu untuk melindungi wajah anda daripada sinaran UV yang merbahaya dan membolehkan kulit anda menjadi lebih cerah. Kepada anda yang mempunyai masalah kulit berparut dan untuk hilangkan sunburn boleh la cuba sapu gel aloe vera ni.

Cara menggunakan aloe vera mudah sahaja, patahkann daun aloe vera, ambil lendirnya dan sapu pada muka. Biarkan selama 30min atau biarkan kering. Kemudian bilas dengan air yang bersih. Anda juga boleh dapatkan gel aloe vera di farmasi yang berdekatan dengan anda.


2. Baking soda (soda penaik)


‘Baking soda’ atau soda penaik ini terkenal dengan bahan 1001 kegunaan, termasuklah untuk menghilangkan parut. Bagi anda yang masih tidak tahu kelebihan baking soda ini, ia dapat membantu menghilangkan masalah jerawat yang baru hendak tumbuh. Hal ini kerana baking soda akan meyerap masuk ke dalam pori kulit anda dan membersihkannya daripada sebarang kotoran.

Ia juga bersifat alkali dan tidak akan memberikan kesan sampingan pada kulit anda. Bahan kristal sodium berkarbonat yang terdapat dalam baking soda dapat memudarkan parut serta memperbaharui kulit menjadikannya lebih muda remaja.

cara hilangkan parut jerawat dengan serbuk baking soda

Caranya ialah mudah sahaja, campur 2 teh sudu baking soda dengan sedikit air, dan lumurkan pada bahagian berparut. Biarkan ianya kering dan bilas dengan air. Jangan lupa sapu pelembap ke bahagian yang terkena baking soda selepas itu. Pastikan kulit anda bukan jenis yang sensitif.


3. Timun ataupun jus timun


Selalu kita tengok orang menggunakan timun untuk menghilangkan keletihan atau ‘eyebag’ pada mata sahaja kan? Kandungan timun yang kaya dengan vitamin A, vitamin C dan magnesium mampu untuk memudarkan parut jerawat. Khasiat yang ada pada timun mampu memberikan kelebihan untuk kulit anda dan juga memudarkan parut jerawat yang degil.

cara hilangkan parut jerawat dengan timun dan jus timun

Caranya mudah sahaja, anda hanya memerlukan timun segar, basuh dan hiriskan. Letakkan hirisan timun tersebut dibahagian yang mempunyai parut. Biarkan selama 30minit dan bilas wajah anda. Timun mempunyai kandungan air yang sangat tinggi dan ianya boleh memberikan kesegaran pada wajah anda serta dapat menyembuhkan dan melembapkan kulit wajah. Boleh amalkan setiap hari sehingga parut tersebut pudar.



4. Madu asli


Pasti ramai yang sudah tahu madu mempunyai banyak khasiat. Tetapi, malangnya kebanyakan madu yang dijual dipasaran sekarang adalah madu yang telah diproses. Dan khasiat pada madu tersebut tidak lagi boleh diguna pakai. Kalau nak menggunakan madu sebagai rawatan untuk memudarkan parut, sebaiknya anda menggunakan madu yang asli. Kalau tak, petua ini tak menjadi.

Madu juga dapat melembapkan kulit wajah anda. Ia akan membuatkan wajah anda bertambah cerah licin dan berseri.


cara hilangkan parut jerawat dengan madu lebah asli

Caranya ialah dengan mengambil madu lebah asli, ambil sedikit sahaja dan cukup-cukup untuk urutan kulit wajah anda. Jangan letak terlalu banyak kerana madu asli bersifat panas. Tunggu sehingga madu tersebut kering dan boleh bilas dengan air seperti biasa. Boleh amalkan setiap hari untuk lihat keberkesanannya.

 


5. Ubi kentang



Tahu tak ubi kentang juga dapat menghilangkan parut. Ubi kentang sebenarnya kaya dengan vitamin dan juga mineral yang boleh membantu anda untuk mendapatkan kulit wajah yang licin dan juga berseri. Selain itu pasti ramai yang tidak tahu bahawa kanji yang terdapat pada ubi kentang juga boleh digunakan untuk menghaluskan kulit wajah anda dan membuatkann kulit wajah menjadi lebih lembap dan bersinar.

cara hilangkan parut jerawat dengan ubi kentang

Caranya dengan menghiriskan ubi kentang secara nipis dan letakkan pada wajah anda. Letak hirisan ubi kentang dibahagian yang berparut. Biarkan selama 15minit sebelum dibilas dengan air suam. Amalkan sekali sehari.



6. Lemon


Buah lemon mempunyai asid alfa hidroksil yang tinggi membolehkan ianya merangsang pertumbuhan kulit wajah yang baharu dan dapat megurangkan parut jerawat. selain itu, ia juga mengandungi kadar vitmin C yang tinggi dan membolehkan kulit anda menjadi lebih cerah.

Namun begitu, anda haruslah lebih berhati-hati ketika menggunakan lemon kerana ia adalah phototoxic dan akan menyebabkan pigmentasi pada kulit sekiranya terdedah dengan matahari. Jadi penggunaan sunblock amatlah penting setelah anda membuat rawatan dengan menggunakan lemon.

cara hilangkan parut jerawat dengan buah lemon


Caranya ialah dengan memerah sebiji lemon ke dalam mangkuk. Campurkan dengan sedikit air sejuk agar asid yang terdapat dalam lemon itu tidak terlalu kuat. Gunakan kapas, sapukan diseluruh wajah anda biarkan sehinggan kering dan bilas dengan air. Boleh lakukan pada waktu malam.


7. Tomato


Buah tomato bukan sahaja boleh dimakan. Tomato mempunyai pelbagai vitamin yang boleh membantu mencerahkan kulit wajah anda dan akan membuatkan wajah anda kemerah-merahan. Muka akan kelihantan lebih segar lepas mengamalkan rawatan menggunakan buah tomato.

Kemungkinan ramai yang tidak tahu bahawa buah tomato juga dapat memudarkan parut jerawat pada wajah anda. Ini kerana tomato boleh merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baru.

cara hilangkan parut jerawat dengan tomato

Caranya dengan mengisar tomato atau lenyekkan untuk dijadikan pes. Kemudian sapu diseluruh wajah anda. Anda juga boleh memotong tomato kepada dua bahagian dan bekukan di dalam peti ais. Ambil tomato tersebut dan gosokkan di seluruh wajah anda sehingga cair. Biarkan ia kering kemudian bilas dengan air.


8. Vitamin E


Sekiranya anda mahukan cara yang mudah, anda boleh amalkan pengambilan vitamin E. Dimana ia adalah vitamin khas untuk menjaga kulit anda. Ia berfungsi untuk menghilangan sunburn, jerawat dan juga parut jerawat. Tambahan pula vitamin E sememangnya mudah untuk menyerap kedalam kulit dan kulit anda tidak akan berminyak.

cara hilangkan parut jerawat dengan avocado vitamin e

Anda boleh dapatkan kapsul vitamin E atau dijual dalam bentuk minyak di farmasi. Lumurkan pada wajah anda dan lebihkan sedikit minyak dibahagian yang berparut. Biarkan selama 15minit untuk bagi minyak tersebut dengan baik dan pakai moisturiser untuk kekalkan kelembapan pada wajah anda.


cara hilangkan parut jerawat dengan kapsul vitamin e

Ini hanyalah beberapa tips untuk menghilangkan parut. Boleh cuba amalkan dirumah dan anda pasti akan terkejut dengan kesan yang boleh diberikan oleh bahan-bahan semulajadi ini. Tambahan pula bahan-bahan tersebut selamat untuk diamalkan dan tidak akan kena kesan sampingan. Jadi jangan lupa masukkan bahan-bahan di atas dalam rutin penjagaan wajah anda untuk menghilangkan parut degil dimuka.

Lagi satu, hentikan tabiat memegang kulit muka yang sedang berjerawat, memicit jerawat dan megopek kesan luka jerawat. Tindakan ini boleh menyebabkan keradangan dan hilangnya kolagen pada bahagian kulit tersebut. Tabiat ini juga akan meninggalkan kesan parut pada wajah anda.


Baca juga artikel rutin skincare harian
Baca artikel cara menghilangkan jerawat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *