Mini Cart

  • No products in the cart.

5 Cara Ini Mampu Menghilangkan Jerawat Batu

Sebut sahaja jerawat batu tentu sudah tergambar dalam fikiran anda tentang jerawat yang sukar dirawat kerana tumbuhnya jerawat batu beserta dengan nanah dan seperti ada batu dalam jerawat tersebut. Jika jerawat biasa, ia mungkin boleh ditutupi atau disembunyikan dengan concealer dan cara make up yang bersesuaian tetapi jerawat batu ini agak sukar disembunyikan kerana ia sangat jelas kelihatan di wajah anda. Sebab itulah, bagi mereka yang pernah ada jerawat batu akan berasa sedikit tertekan dengan kemunculannya serta kurang keyakinan diri. Jika jerawat batu saiznya kecil sahaja mungkin ia tidak memberi kesan terhadap penampilan anda tetapi jika jerawat batu yang tumbuh itu agak besar saiznya, tentu anda akan rasa resah dan gelisah dengan kehadirannya.

Sebelum anda mengetahui cara merawat jerawat batu ini, lebih baik kita kenali dulu definisi jerawat batu serta faktanya supaya anda boleh lebih faham punca pertumbuhannya di muka serta ciri-ciri jerawat batu tersebut.

Apakah itu jerawat batu?

 

Jerawat batu atau dikenali sebagai cystic acne adalah jerawat yang terbentuk jauh di dalam lapisan kulit yang disebabkan tersumbatnya sel kulit mati dan juga disebabkan bakteria yang terperangkap dalam pori-pori. Hal ini akan menyebabkan terbentuknya kantung nanah dalam jerawat tersebut.

 

 

Ada yang berpendapat mengatakan bahawa apabila anda picit satu jerawat batu ini, ia akan merangsang jerawat batu yang lain untuk tumbuh lebih banyak. Tapi sebenarnya jerawat batu yang lain tumbuh mungkin juga disebabkan oleh perpecahan pori di bawah kulit yang menyebabkan peradangan dan ia akan tumbuh satu demi satu.

 

 

Apakah Punca Jerawat Batu Tumbuh Di Muka?

 

Menurut sumber dari Huffington, Dr. Wechsler (Dermatologist) mengatakan bahawa punca utama jerawat batu tumbuh di muka adalah disebabkan faktor hormon yang tidak seimbang oleh seseorang wanita itu. Faktor hormon ini timbul apabila wanita itu sedang didatangi haid, ketika kehamilan, stress serta masa mengambil ubat perancang. Ada juga wanita yang sedang menopause dan mengalami polycistic ovary syndrome akan menghadapi masalah pertumbuhan jerawat batu di muka.

 

 

Anda jangan terkejut kerana ada juga golongan lelaki yang menghadapi masalah jerawat batu ini. Puncanya disebabkan faktor usia yang menginjak dewasa kerana peningkatan hormon androgen. Hormon ini sebenarnya membantu lelaki untuk pertumbuhan fizikal dan pada masa yang sama ia juga boleh menyebabkan penyumbatan pori-pori yang memberi kesan terhadap kulit lelaki.

 

 

Antara faktor lain yang menyebabkan jerawat batu tumbuh di muka adalah seperti faktor genetik. Cuba lihat ayah atau ibu anda, mungkin anda mempunyai jerawat batu disebabkan ayah atau ibu anda juga mempunyai sejarah tumbuhnya jerawat batu di muka. Selain itu, jika anda jenis kuat berpeluh di muka, ia juga boleh menyebabkan kehadiran bakteria muncul di muka anda dan menyebabkan jerawat batu tumbuh dengan mudahnya.

 

 

Ada juga di kalangan wanita mempunyai jerawat batu disebabkan salah memilih produk kecantikan.Ini menyebabkan penyumbatan pori-pori dan iritasi pada kulit wajah.

 

 

Gaya hidup tidak sihat juga merupakan salah satu penyebab pertumbuhan jerawat batu di wajah anda. Ini termasuklah seperti makan makanan tidak berkhasiat, kurang bersenam, minum minuman beralkohol, kurang minum air kosong serta banyak makan makanan yang boleh menyebabkan jerawat tumbuh di muka.

 

 

Bagaimana Cara Menghilangkan Jerawat Batu Tumbuh Di Muka?

 

Menggunakan Bahan Semulajadi

 

Sekiranya anda adalah kumpulan mereka yang suka merawat sesuatu penyakit menggunakan bahan semulajadi maka anda perlu mengambil perhatian lebih untuk perenggan ini kerana di sini akan diterangkan bagaimana cara menghilangkan jerawat batu tumbuh di muka dengan menggunakan bahan semulajadi. Antara bahan yang sering digunakan untuk menghilangkan jerawat batu adalah seperti lidah buaya, tomato, cuka epal, asam jawa, timun dan madu. Bahan-bahan semulajadi ini selalunya dibuat masker dan disapukan ke wajah atau di tempat jerawat batu itu tumbuh. Biarkan ia selama 10 hingga 15 minit kemudian bilaskannya dengan air bersih. Selalulah mengamalkannya secara konsisten dan perlu bersabar untuk mendapat hasil yang diinginkan oleh anda.

 

 

Berjumpa Dengan Pakar Kulit atau Dermatologist

 

Jika jerawat batu anda sukar dirawat walaupun sudah cuba pelbagai cara, anda juga boleh membuat temu janji dengan pakar kulit. Berita baik buat anda yang ingin berjumpa dengan dermatologist, anda akan diberi penerangan yang lebih teliti mengenai masalah jerawat batu yang anda hadapi dan doktor-doktor ini akan merawatnya dari akar umbi sehinggalah ia pulih. Pada masa kini, terdapat banyak klinik kulit swasta yang menyediakan perkhidmatan tersebut cumanya anda perlu bersedia dengan kos rawatannya yang agak tinggi bergantung kepada tahap masalah jerawat batu anda. Mereka juga akan beri rawatan di klinik, krim sapuan serta diberi ubat makan bagi rawatan dalaman juga. Ikutlah apa yang disarankan oleh pakar kulit, supaya anda berpuas hati dengan hasilnya.

 

 

Ubah Gaya Pemakanan

 

Selain anda berjumpa dengan doktor serta merawatnya secara semulajadi, anda juga dinasihatkan untuk mengubah gaya hidup yang lebih sihat iaitu jaga gaya pemakanan harian dan aktiviti harian anda. Dari segi makanan, anda perlu mengelakkan jenis makanan seperti tinggi kandungan gula, kafein serta tinggi lemak. Makanan jenis ini akan boleh merangsang pertumbuhan jerawat batu yang lebih banyak kerana ia memberi kesan iritasi pada kulit. Banyakkan makan makanan seperti sayuran, buahan serta minum air kosong. Jenis makanan ini mengandungi vitamin dan nutrisi yang baik untuk sel dan tisu kulit. Tidak hairanlah jika anda bertanya kepada mereka yang mempunyai kulit licin, salah satu rahsia mereka mendapat seperti kulit tersebut adalah dengan mengamalkan makan makanan sayuran serta buahan segar.

 

 

Elakkan Diri Daripada Stress

 

Tidak dinafikan, pada zaman ini banyak faktor dan punca berlakunya seseorang itu mengalami tekanan dan stress yang agak keterlaluan dan menyebabkan perubahan emosi serta hormon dalam badan. Namun begitu, anda perlu bijak untuk menangani stress yang dihadapi kerana ia bukan sahaja memberi kesan negatif pada emosi anda malah kepada tubuh badan juga termasuklah kulit anda. Disebabkan itulah, tumbuhnya juga jerawat batu. Jika ini berlaku secara berterusan, tahap stress anda akan lebih berganda, maka cepat-cepatlah tanganinya.

 

 

Ubah Gaya Hidup Sihat

 

Ramai orang memandang remeh dengan waktu tidur yang cukup. Mereka tidak mengambil berat tentang masa tidur dan menganggap ia hanyalah mitos bagi memberi kesihatan yang baik. Tetapi sebenarnya tidur yang cukup merupakan penyumbang utama untuk kesihatan badan termasuklah kesihatan kulit wajah. Jika tidur anda cukup iaitu lebih 5 jam sehari, maka ia akan membantu proses dalam badan menjadi baik berbanding tidur yang tidak cukup menyebabkan berlakunya tidak keseimbangan hormon dalam badan. Tidur yang tidak cukup juga menyebabkan stress dan stress ini merupakan salah satu punca tumbuhnya jerawat batu di muka anda.

 

 

Pada masa yang sama, jangan lupa untuk bersenam atau melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh supaya ia melancarkan perjalanan darah dalam badan serta stabilkan hormon badan anda. Lakukan senaman ini sekurang-kurangnya 3 kali seminggu secara konsisten. Ia juga boleh mengurangkan stress yang dihadapi.

 

 

Oleh yang demikian, diharapkan anda yang menghadapi masalah jerawat batu dapat mengamalkan cara merawat dan mencegah jerawat batu ini daripada tumbuh di wajah anda. Perlu diingatkan bahawa jerawat batu ini akan kecut bukannya sehari dua seperti jerawat biasa, ia mengambil masa yang lama untuk dirawat kerana ia melibatkan lapisan dalam kulit serta tumbuhnya nanah dalam jerawat tersebut. Maka ia memerlukan kesabaran untuk mendapat hasil yang diinginkan. Dan jangan mengambil jalan mudah untuk memilih produk sebarangan di mana ia boleh menyebabkan jerawat batu anda tumbuh lebih teruk dari sebelumnya. Dapatkan nasihat daripada pakar dan mereka yang mempunyai pengetahuan dalam bidang kulit.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *