Mini Cart

  • No products in the cart.

20 Jenis makanan yang menyebabkan jerawat


Memiliki kulit muka berjerawat sudah menjadi perkara yang normal bagi sesetengah orang. Mana taknya dengan keadaan cuaca dan juga persekitaran yang tak menentu ni. Tahu tak, makanan juga boleh menyebabkan kulit muka berjerawat. Okay, Jom kita tengok beberapa jenis makanan yang menyebabkan kulit berjerawat dan perlu dielakkan.

20 Makanan yang menyebabkan jerawat


1. Susu

Tak dinafikan susu sememangnya mengandungi kalsium yang bagus untuk tulang, akan tetapi pada zaman serba canggih ini, terdapat penternak lembu yang akan menyuntik lembu peliharaan mereka dengan hormon untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran produk tenusu.

makanan menyebabkan jerawat susu

Terdapat beberapa teori susu lembu boleh meningkatkan kandungan gula dalam darah yang mana boleh juga meningkatkan keradangan pada kulit (membawa kepada jerawat). Ia juga boleh meningkatkan paras insulin, yang menggalakkan penghasilan minyak kulit (sebum) lama ke lamaan jerawat mula timbul.

 

2. Alkohol

Pengambilan alkohol seringkali disalahgunakan oleh remaja masa kini. Minuman yang beralkohol boleh mengakibatkan dehidrasi. Jerawat mudah tumbuh bila badan kita dehidrasi dan kekeringan.

makanan menyebabkan jerawat alkohol

Alkohol juga boleh menganggu fungsi hati. Organ hati berperanan penting untuk menghilangkan racun merbahaya di dalam tubuh. Mengawal jumlah hormon , dan membantu menjaga kadar gula dalam darah. Alkohol memberikan efek kerosakkan pada sel-sel atau hati. Kalau hati tidak berfungsi dengan baik juga akan menyebabkan kulit mudah berjerawat. So, please elakkan pengambilan alkohol kalau tak nak muka berjerawat ye!


3. Garam


makanan menyebabkan jerawat garam

Garam juga boleh menyebabkan muka berjerawat kalau diambil secara berlebihan. Ini kerana, jika kita mengambil garam berlebihan, ia akan menyebabkan badan kekurangan air sekaligus akan menyebabkan kekeringan.


4. Kekacang

makanan yang menyebabkan jerawat kekacang

Seperti yang kita tahu, sejak dari dahulu lagi mitos mengatakan kekacang juga salah satu punca jerawat. kacang tanah sangat sensitif terhadap kulit muka yang akan mengakibatkan jerawat kerana kacang tanah mengandungi minyak yang merbahaya terhadap kulit wajah.

 

5. Coklat

Setelah sekian lama disyaki menjadi penyebab kepada jerawat, akhirnya ia telah pun terbukti kebenarannya. Satu kajian kecil dilakukan dari Belanda telah diterbitkan tahun 2013 terdapat satu hubungan antara coklat dan perubahan kulit yang membawa kepada jerawat.

makanan menyebabkan jerawat coklat

Hal ini menunjukkan bahawa coklat berupaya untuk meningkatkan keradangan dan menggalakkan jangkitan bakteria sehingga menjadikan jerawat bertambah teruk. Ini kerana olahan coklat banyak mengandungi gula sehingga makanan ini punca kulit berjerawat. Seperti yang kita tahu, makanan yang mempunyai gula yang tinggi akan meningkatkan hormon penyebab jerawat.


6. Telur

makanan yang menyebabkan jerawat telor

Telur merupakan sumber protein yang sangat mudah didapati. Tapi awas ye, telur juga boleh menyebabkan kulit mudah ditumbuhi jerawat kerana kuning telur mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan boleh mempercepatkan pertumbuhan jerawat secara mendadak.


7. Gluten

makanan yang menyebabkan jerawat gluten

Gluten adalah protein nabati yang terdapat dalam gandum. Kalau muka sedang berjerawat sila elakkan pengambilan makanan yang mempunyai gluten. Gluten akan mengakibatkan masalah peningkatan kadar gula darah dan inflamasi.
Hal ini akan menyebabkan minyak berlebihan yang akan menyumbat pori dan penyebab munculnya bakteria. Sesetengah orang tiada masalah dengan makanan yang mengandungi gluten. So, depends atas tubuh badan masing-masing sama ada sesuai atau pun tidak. Makanan yang paling popular mengandungi gluten ialah roti.


8. Makanan pedas dan berminyak


Orang Malaysia memang sinonim dengan makanan pedas. Sebenarnya, makanan pedas boleh mengaktifkan kelenjar peluh dan menyebabkan muka kita cepat berminyak. Secara tak langsung, ia boleh menjadi masalah pada kulit. Oleh sebab itulah, Makanan yang pedas menjadi salah satu penyebab terbesar jerawat.
Terdapat banyak kajian yang membuktikan masalah jerawat berpunca daripada makanan yang pedas. Memakan makanan yang pedas secara berlebihan akan mengganggu sistem pencernaan. Jika sistem pencernaan kita terganggu ia akan menyebabkan muka mudah ditumbuhi jerawat.



9. Makanan yang bergoreng

makanan yang menyebabkan jerawat makanan bergoreng dan berminyak

Sudah banyak yang membuktikan makanan yang bergoreng akan menyebabkan kulit berjerawat. Ini kerana makanan yang berminyak akan berpontensi meningkatkan lebihan minyak pada wajah. Sebum yang berlebihan memang merupakan punca salah satu penyebab timbulnya jerawat di kulit.


10. Bayam

makanan yang meyebabkan jerawat sayur bayam

Mesti pelik kan bayam juga merupakan penyebab jerawat? sebab selalunya sayur ni banyak khasiatnya untuk kesihatan. Lebih-lebih lagi bayam mengandungi zat besi yang tinggi yang sangat baik untuk kulit. Tetapi, bayam termasuk dalam makanan penyebab jerawat kerana mengandungi iodium yang dapat menyebabkan jerawat jika diambil secara berlebihan. Boleh makan bayam, tetapi jangan diambil secara berlebihan.


11. Ayam

makanan yang menyebabkan jerawat ayam

Bagi mereka yang mempunyai kulit mudah berjerawat, elakkan memakan ayam yang telah disuntik hormon. Ini kerana kebanyakkan ayam yang berada dipasaran sekarang telah disuntik hormon dan elakkan makan bahagian kulit ayam atau sayapnya sebab bahagian tersebut mempunyai lemak yang tinggi.


12. Buah yang mengandungi gula yang tinggi

makanan yang menyebabkan jerawat buah gula tinggi

Buah juga punca jerawat? Ada beberapa jenis buah yang mengandungi gula yang cukup tinggi sehingga perlu dihindari agar tidak memudaratkan keadaan kulit yang berjerawat. Contoh buah-buahan yang mengandungi gula yang tinggi adalah seperti jeruk, pisang, nenas dan juga mangga.



13. Minuman berkabonat

makanan yang menyebabkan jerawat minuman berkarbonat

Selain daripada makanan yang boleh menyebabkan jerawat. Terdapat minuman juga yang menjadi punca jerawat. Seperti minuman berkabonat. Ini kerana minuman berkabonat mengandungi banyak gula iaitu lebih kurang tujuh sudu teh gula untuk setiap tin minuman. Kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan kulit berminyak dan memburukkan lagi keadaan kulit yang berjerawat.

 

14. Makanan segera/ makanan yang diproses

makanan yang menyebabkan jerawat fast food makanan segera

Mana-mana makanan yang telah diproses biasanya mengandungi garam dan gula yang tinggi selain diletakkan bahan perasa dengan pelbagai jenis bahan kimia dan pengawet. Selain itu, makanan segera yang berminyak boleh menyebabkan keradangan dalam badan.
Kajian telah mengaitkan makanan segera dengan masalah seperti asthma, disebabkan oleh keupayaannya untuk meningkatkan keradangan dalam badan. Jadi, jauhilah makanan sebegini walaupun ianya mudah dihidang dan dinikmati pada bila-bila masa.


15. Gula

 

Gula memang berkait rapat dengan pertumbuhan jerawat. Beberapa kajian kini telah mengatakan bahawa berkemungkinan terdapat kaitan antara kedua-duanya. Hal ini tidak bermakna sekiranya anda makan sekeping biskut, anda akan mengalami pertumbuhan jerawat. Ia terjadi kepada berapa banyak gula yang anda ambil dalam seharian atau lebih tepat dalam satu masa. Contohnya, jika anda mengambil minuman yang manis dan juga kepingan coklat, anda telah meningkatkan kandungan gula dalam darah dan jerawat berkemungkinan akan tumbuh dalam masa beberapa jam kemudiannya.
Jadi, sekirannya anda rasa gula boleh menjadikan bahaya kepada anda, cuba kurangkan pengambilan gula walaupun hanya meninggalkan minuman bergula dalam masa sehari dan anda boleh tengok sendiri perbezaannya.


16. Makanan laut/seafood

makanan yang menyebabkan jerawat seafood

Seperti yang kita tahu ramai alergik dengan makanan laut seperti udang, kerang dan beberapa jenis makanan laut yang penyebab munculnya jerawat. Hal ini disebabkan udang mengandungi yodium yang tinggi dan mudah untuk kulit ditumbuhi jerawat. Tetapi tak perlu risau, kepada penggemar makanan laut, anda boleh menggantikan udang kepada makanan laut lain yang kaya dengan omega 3 seperti ikan salmon.


17. Kopi

makanan yang menyebabkan jerawat kopi

Secawan kopi sememangnnya sangat efektif untuk menghindari diri dari rasa mengantuk. Namun pada penggemar kopi haruslah sentiasa berwaspada kerana kopi juga boleh mengakibatkan jerawat. Kerana mengamalkan kopi yang berlebihan boleh mengakibatkan ketidakseimbangan hormon yang akan membuat diri anda stress dan akhirnya menjadi punca jerawat.


18. Whey protein

makanan yang menyebabkan jerawat whey protein

Whey protein adalah suplemen yang biasa digunakan sebagai bahan diet tinggi protein yang sangat popular dikalangan para atlet. Ini kerana jenis makanan seperti ini kaya dengan glutamine dan amino acid leucine. Amino acid dapat menyebabkan sel kulit berkembang dengan lebih cepat. Ia dianggap boleh mempengaruhi proses pertumbuhan jerawat.

Selain itu, amino acid yang terdapat dalam tepung whey protein dapat merangsang tubuh untuk produce insulin yang lebih banyak. Ini lah sebabnnya jerawat menjadi lebih subur. Pengamal produk whey protein telah dibuktikan oleh beberapa kajian terhadap para atlet.


19. Ais krim

makanan yang menyebabkan jerawat ais krim

Siapa yang tidak menyukai aiskrim kan? Hampir setiap orang menyukai makanan manis yang satu ni. Tetapi, tahu tak aiskrim juga merupakan makanan yang akan menyebabkan kulit berjerawat kerana ia nya mengandungi gula yang tinggi. So, bagi penggemar aiskrim berpada-pada lah apabila makan aiskrim!


20. Makanan yang berlemak

makanan yang menyebabkan jerawat makanan berlemak

Makanan yang menyebabkan kulit berjerawat ialah makanan yang berlemak. Hampir setiap orang suka makan makanan yang berlemak atau pun bergoreng. Jika kerap memakan makanan yang berlemak atau bergoreng, ia akan membuatkan lebihan minyak keluar melalui pori-pori. Seperti yang kita tahu, kulit berminyak punca muka berjerawat.



Selain 20 makanan-makanan yang menyebabkan jerawat di atas, banyak juga hal lain yang akan menyebabkan jerawat.


Contohnya, seperti mengamalkan ubat-ubat yang tertentu. Hormon tubuh dan juga stress.

Apa-apa pun semuanya berpunca dari pemakanan kita. Kalau nak kulit yang sihat elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan jerawat.

Baca juga artikel : Cara menghilangkan jerawat dengan berkesan
Baca juga artikel : Cara menghilangkan parut jerawat
Baca juga artikel : Kenali jenis jerawat

Rekemendasi Produk : Set Produk Jerawat Marita Skin Solution


Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *